with my friends

with my friends

Thursday, March 17, 2011

kenapa dan mengapa perlu berpasangan...

perlu tahu apa tujuan menjalinkan hubungan...selalunya dalam islam individu hanya digalakkan untuk mengenali pasangan bagi tujuan berkahwin, ada perjanjian dengan pasangan dan keluarga untuk berkahwin. Bukan satu hubungan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja dan berpacaran untuk 'test' hubungan tersebut.
kecantikan sebenar adalah apabila kita mempunyai ketegasan diri, ada kawalan diri, tahu batasan pergaulan, tahu meletakkan cinta kepada insan yang HALAL hubungannya dari segi islam serta BERSABAR menunggu jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT.
kita perlu bersyukur kerana mungkin ada perkara yang kita sangat inginkan tetapi Allah SWT tidak suka dan ada perkara yang kita benci tetapi Allah SWT suka maka redha dan YAKINlah dengan jodoh dan ketentuan Allah SWT kerana mungkin ada yang lebih baik sedang menanti kita....amin...
KESABARAN.....
1.sabar dalam memilih.
2.sabar dalam mendapatkan jodoh.
3.sabar dalam mempertahankan sesuatu yang baik dalam hidup kita.
cara yang paling baik adalah mohon padaNya agar dimudahkan situasi ini dan yakinlah bahawa redha kita kepada ketentuan Allah SWT akan memberikan SERIBU kebahagiaan yang kadang2 tidak terfikir oleh manusia.

No comments:

Post a Comment