with my friends

with my friends

Tuesday, March 29, 2011

ayam masak lada

perut xlapar....tapi kena masak la...untuk abang aku yang blik keje sat lagi...hihi so masak dengan penuh keikhlasan akan menambahkan lagi kesedapan masakan anda..hehe (padahal aku xsebulu ngn abng aku) so baru selesai masak...nak tengok x...korang nak resepi taip je kat internt ni berlambak xpayah la aku nak cter kt sni.. hehe
ayam masak lada khas utk mr R

ckit lagi nak masak..hehe

Monday, March 28, 2011

sambal petai with sotong...nyum2..

arini xtau nak masak apa so buka peti ais ada sotong..makcik aku ada beli petai ari sabtu lepas kat pasar mlm pntai dlm..mcm2 ada kt situ...murh2 lak tu...so nak tgok x smbl petai aku masak..hehehe
sotong dimasak bersama petai

15minit dh siap...nyum
 SELAMAT MENCUBA.....hehe

Friday, March 25, 2011

xie xie laoshi Aishah coz give beautiful dress n shawl from shanghai i ♥ u 4ever... (^_^)

Laoshi Aishah...seorang mualaf...lecture aku masa part 1 smpai part 3 degree nie...dia ajar mandarin... n xtau berbahasa mlayu...dari awal aku kenal...dia sangat2 baik..bukan saja mengajar malah banyak bercerita n nasihat...aku suka sangat2la dia..hehe dha cantik baik pulak tu...hmm nak dibandingkan dengan lecture melayu jauh skali la...so semalam lepas balik seminar aku terserempak dengan laoshi....so excited..hehe lastly we jumpa masa bln 2 ritu kot..aku gi umah dia kat kolej anggerik aku hadiahkan selendang warna turkuaz...12 ingit je kot... so semlm dia bgi aku dress ngn shawl..cantik sgt...hehehe tqvm laoshi... kami berborak dri kul 12 p.m smpai kul 1 pgi..hehe dia cakap dia nak ajak ak g mkn kt 1 tmpt...aku pun xtau ktna..so aku ckpla aku pndai memasak...hehehe dont worry k...hihi
tqvm laoshi....(^_^)

Thursday, March 24, 2011

semalam itu semalam...

semalam lepas habis kelas aku tido kat kolej anggerik kat bilik mber baik aku nama nad.. biasala lepas presentation mestila penat kan..so aku lepak n borak2 ngn dia tiba2 dia ajak aku pegi seminar...hihi  kalo aku balik rumh pun xbuat apa baik aku teman nad gi seminar...nak tau x seminar apa...hehehehehe ''seminar eumora'' hahaha aku yang xtau apa2 ni ikut saja ma...sebab nad dh beli tiket 10 ingit...dia dh bli 2 tiket so aku pun ikut jela... aku mcm blur2 pasal eumora...  yang boleh nad tersngkut ngn seminar semalam ni coz ada 2 orng budak nama diba n fasha dtg angrik tnya nak buat facial muka x...so nad pon try n then dia rsa ok la ckit muka dia...so dia pon bli tiket 2 orng total 20 ingit...so smlm pkul 8.p.m bermula lah cerita baru..yg agak klakar n agak boleh peningkan minda ckit la....hehe kul 8 p.m kitaorang tnggu kat bus stop n then ada akak pe nth nmanya ngn budk uitm gak..dlm kreta gen 2 oren...so dia dtg amek aku,nad,fasha ngn budk uitm nma pa nth..so kitaorng gi la seminar tu kt intecma...sekali pakcik david tu bgi seminar dia tnjuk la produk eumora... loh aku bru prasan makcik aku guna pncuci muka eumora...hihi...pakcik david tu katanya jutawan..hehe so pakcik david ni crita la kebaikan produk eumora n jenis produk nie... lastly..cter pasal business lak...dia pnggil org2 yg dpt rm 6500.. kejenya beli tiket untuk seminar n then tarik orng untuk beli tiket gi seminar...so ahad ni ada seminar kat cheras..tiket 40 ingit..so diaorng promote surh beli tiket nie...memang cow2 promote surh bli ciap ada tmpt tolak duit guna kad atm trus...huhu dasyat cina2 nie.. diaorng ckp bli 40 ingit tiket lepas tu cri 10 orng...untk gi seminar..cakap ada treatmnt facial muka tpi xde pun smlm...haish...nak surh kita buat business la ni..hadoiii...aku tgok fasha beli byk tiket...budak yang baru tu pun beli byk skng tingl aku ngn nad je x bli..so akak tu push2 kitaorng surh bli tiket tu..mak ai... nk pksa2 lak... lastly kami berjaya melawan hasutan..hahaha kami berdua x beli pun tiket 40 ingit tuh.....alhamdulillah kami dilindungi oleh hasutan yang xbermanfaat...aku bersyukur kpada-mu YaAllah kerana diberi kekuatan sedemikian...ramai gakla yg dpt rm6500 buln lpas.. aku xterpedaya la beb...ko nak 10 juta pun ko watla business tu...aku ngn nad bukan jnis cri duit cara itu beb..kami ada agama...kami bukan manusia beragama islam yang manis berbicara n sekadar bertudung tapi kami mengamalkan ajaran agama islam dengan sebaik mungkin..InsyaAllah...setiap darah yang mngalir dalm tubuh ni kami nak dri rezki yang halal n tau punca rezki adlh munasabah...so lpas blik byk aku blajar cri perkara semalam n skang aku tgok tv3 kan arini ari jumaat so bykla ceramah agama....kena plak tajuknya 'rezeki yang halal'....hmm semalam pakcik david tu megah crita pasal duit je... arini ustaz tu cakap...setiap duit yg kita cari mesti tau dari mana puncanya... kalo buat business ada macam2 jenis business.. so kena tau business mcmmana.. n  lain2... hmm baru aku terpikir..  kalo rm 6500 yang diaorng dpt tu hasil jual tiket seminar n tarik orng gi seminar...bgi 10 juta pun aku xnak...so daripada episod semalam banyak la gak aku dapat blajar...hehe so nasihatku always berhati2 k....jgn terjebak..so "hidup dan matiku hanya islam''...........wasalam

selesai sudah presentation my financial for my 250 million project... yeahhh

semalam hari yang agak busy...nak tgok x s-curve aku buat?? mesti nak kan...jap lagi aku upload.. dalam kelas aku ada 6 group so tiap2 group kena present about their proposal untuk propose for rehabilitation n beautification for 2km river klang....dalam byk2 kita buat budget ni...apa yang penting cash flow and s-curve.. kita present and bygkan owner tu berminat nak ambik kita coz income n outcome kite begitu kukuh and planning yg bagus...so apa2 project untuk develop and untuk bagi kita dapat tender if kita sebagai developer apa yang penting kita mesti planning budget tu betul2 cow2... kita buktikan kewangan kita kukuh n then s-curve cantik... s-curve nk dptkan bentuk S memang mustahil..tapi explanation and cross mesti cow2 ok.. ok kita tgok s-curve yang aku buat...hehe alhamdulillah lecture cakap group ak ok coz present financial detail and ada s-curve...like it!! hehe
ni  la s curve group aku..hehe yg biru tu income yg merah tu expenditure... kalo nanti masa keje pun owner nak tau planning kita ok ke x diaorang akan tgok cash flow.. that means lepas cross tu baru kita dapat income dari buat projek..so dari situ we know ''untung mali lepas cross n tahun bila maa'' hehe.. so aku kena ubah la bagi income dpt awl ckit..

Monday, March 21, 2011

pening2 angkara financial development...budget oh budget...

CASH FLOW...RIVER KLANG
hadoiiiiiiiii. kos nk wat pmbngunan area sungai...perghh...susah maa.... semlm tido kul 6 pagi....lepas solat subuh tido kejap kul 12 smbung blik wat financial nih...huhhu...

Sunday, March 20, 2011

Andainya lelaki tahu..

Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. 
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu. 
Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.Andainya lelaki tahu.. 
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. 
Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
 Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.Andai lelaki tahu..Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. 
Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
 Andai lelaki tahu.. 
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

Saturday, March 19, 2011

teh panaz n capatti 30 saat...

capatti frozen...30 saat pun dh leh masak..hihi org jual tu la cakap..just panaskan selama 30 saat dah leh makan.. hmm 5 keping 3 ringgit lbih...baek beli yg capatti frozen tapi yg fresh that means capatti frozen ni ada macam2 frozen..hehe macam aku beli skng ni untuk sesiapa yang malas sgt2 nk tnggu lebih pada 30 saat bnda alah ni masak better beli yg jenis tuh..but sape2 yg nk capatti jenis roti yg sudah diuli just x dibakar eloklah beli yg frozen jenis satu lgi..ape nth namanya murh dh bnyk..lebih sedp pada yg 30 saat tuh..hihi kes yg boleh beli capatti 30 saat ni coz terbeli...hehehe bukan malas yeah..saje ingin mncuba,kalo xcuba xtau kn3...
so kat cni boleh la di conclude kan bahawasanya dalam era globalisasi ini macam2 frozen dah ada kan... so kalo ada yang malas lagi nak ke dapor itu aku xtau la...perempuan semua pandai masak tidak ada yang xpandai masak...bezanya malas n rajin....so kalo dh malas sgt beli saja yang frozen...kalo nk jaga kesihatan beli yg fresh masak sndri..kikiki..sekian daripada AHLI PERSATUAN WANITA CHANGLUN...hehe

Friday, March 18, 2011

hujan yang tiada petir..hmm mood:sedikit aman...hehe

jam menunjukkan pukul 11.35 pagi...hari sabtu yang sejuk,aman,dan tenteram..hihi sambil nonton tv3 cerita masak chef wan...hehe so hari2 kena ada planning...my planning today...hmm nak masak nasi ayam..hehe senang saje nasi ayam...xperlu rushing2...yg pling penting semua keperluan nak masak nasi ayam cukup! ok cepat check dalam peti ais! ayam,tomato,timun,daun sup...perfect! ckupla kan kami bertiga ja kat rumah nie..watpe nth nk masak mcm chef wan masak kan..ok skang check kat dlm laci dapor ada x pelengkap nak buat sup...yeah semua ckup sup bunjut pun ada,ubi kentang pun ada (sebiji je tinggl, xpe yg pntng ada...haha) ok bunga lawang, kult kayu mnis..hmm semua ckup...so skng kuarkan ayam dlm peti ais rendm dlm air..tnggu smpai ayam tu xbeku cm skrng...hehehe nonton tv dlu la yeah...i like suasana mcm nie...sejukk dengan hujan yang tiada guruh...like it2

aku perlukan kejujuran darimu....

Thursday, March 17, 2011

JANGAN MENCARI TERLALU SEMPURNA (DR.FADILAH KAMSAH)

 BUAT PEDOMAN BERSAMA.     Jika kamu memancing ikan.... Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu.... Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja.... Karena ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ...ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.    Begitulah juga .........  Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang... Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya.... Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja.... Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu....     Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menambalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....  Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....    Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.  Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....     Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelezatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.     Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU... MENGASIHIMU... Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan. Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang ain Kamu juga yang akan MENYESAL....  

kagen band - penantian yag tertunda

kenapa dan mengapa perlu berpasangan...

perlu tahu apa tujuan menjalinkan hubungan...selalunya dalam islam individu hanya digalakkan untuk mengenali pasangan bagi tujuan berkahwin, ada perjanjian dengan pasangan dan keluarga untuk berkahwin. Bukan satu hubungan yang hanya melibatkan dua pihak sahaja dan berpacaran untuk 'test' hubungan tersebut.
kecantikan sebenar adalah apabila kita mempunyai ketegasan diri, ada kawalan diri, tahu batasan pergaulan, tahu meletakkan cinta kepada insan yang HALAL hubungannya dari segi islam serta BERSABAR menunggu jodoh yang telah ditetapkan Allah SWT.
kita perlu bersyukur kerana mungkin ada perkara yang kita sangat inginkan tetapi Allah SWT tidak suka dan ada perkara yang kita benci tetapi Allah SWT suka maka redha dan YAKINlah dengan jodoh dan ketentuan Allah SWT kerana mungkin ada yang lebih baik sedang menanti kita....amin...
KESABARAN.....
1.sabar dalam memilih.
2.sabar dalam mendapatkan jodoh.
3.sabar dalam mempertahankan sesuatu yang baik dalam hidup kita.
cara yang paling baik adalah mohon padaNya agar dimudahkan situasi ini dan yakinlah bahawa redha kita kepada ketentuan Allah SWT akan memberikan SERIBU kebahagiaan yang kadang2 tidak terfikir oleh manusia.

Tuesday, March 15, 2011

i have a lot of memory in school and a lot memory with my friendz..hehe

almaklumla..aku anak ke 3 and time aku nak mbesar la my parents byk pindah randah..hehe nasib aku boleh sesuaikan diriku ini walau apa jua manusia ataupun makhluk lain dtg mnghmpiriku..cewah..hehe 1st kite tgok dulu la snrai sekolh yg pnh aku masuk n kuar..hehe
 dulu aku naek fedup keje pindah sekolh...so sekrng bru aku pelajari kebaikan dri perpindahan ini..hehe

kebaikan:
1. aku dpt tgok n menganalisis perangai manusia..hehe
2. menjadikan aku lebih matang walau di mana jua aku berada..yeah baby..ahakz
3. hmmm...baru aku tau ada orang meminati aku dalm diam..kiki
4.lebih mendisplinkan aku untuk belajar sendiri..huhu coz selalu tertingal kelas
keburukan:
1. ada gak kepeningan untuk belajar sendiri.
2.ada segelintir musuh coz aku kan budk baru..huhuhu
3.menjadikan aku sedih..huhu coz meningalkan kenangan indah dengan member n then kena pindah la plak..huhu
senarai sekolahku..hihi
ok....sekrng aku nak cerita zaman kegemilangan aku kat sekolah rendah kebangsaan tronoh, perak.. aku lahir kat batu gajah,perak, sekolah rendah kat sana...memang best...ramai kawan2...biasala budak2..hehe hmm,kawan baik aku masa tu nama hajidah,intan n fatin..hehe aku sekolah kat situ sampai drjah 5 saja coz terpaksa ikut family pindah ke pdng besar utara perlis..hehe bnyk kenangan aku kat sek tronoh.. antranya walaupun aku masih lagi kanak2 tapi aku ada meminati seseorang yang selalu buli aku..waaa budak tu nama ehsan..kikiki itu dulu la...aku dulu pendiam la jugak x ganaz cam skang..hihi

hajidah...sweet kan..:)

intan or ema..hehe      
ni la fatin...dh jadi nurse dh mber aku sorng ni..hehe                
fatin jugak tapi siti nur fatin mber baik aku kat sek pdng besar..skng study kt ukm..  
ni la budak2 kelas aku kt sek men tknik kangar...hehe ciko yang dua dr knn blkng skali hahaha

ni plak mberhostel aku kt smtk..best2 time nie..enjoy hbs..hehe odah yg pkai tudng puth bju merh yg berdiri pun kna pegang tula odah..haha meq yah lak tukng amek gmbor so xda dlm pic ni..hihi emy yg pkai tudng xda pin tu pon memg kamcing hbs ar..hehe luv u all...muah2 
ni la meq yah...hehe mu special kes sebab tu kena letk asing dri orng..hihi skang dh jadi bini org dh pun... 

so aku pindah ke pdng besar... aku kena kejutan bahasa..hihi loghat kedah yang agak memeranjatkan..hihi so aku dpt ramai kawan antra my bez friend yg terbaik kt sna namanya fatin..hehe so smpai form 1 aku masuk sek men sintok..aku sekolh kat kg mak aku coz mak aku terpaksa menjalankan business nya di sana.. hmm sekolh ni sekolh baru so cikgu2 memang best kt sna...dekat plak ngn UUM bnyk aktiviti kt sekolh tu.. result pmr aku pun mengejutkan kedua parent ku..apatah lagi aku..hihi alhamdulillah...
so aku ke sekolah men teknik kangar...sekolah di situ,menginap di situ, n 1st time aku menginap di asrama, byk pengalaman berharga aku dapat..kawan baik aku masa tu meq yah n odah... hehe terlalu bnyk memory aku kat sana...n terlampau gembira..kerana kami satu dorm memang akrab..tpi kelas lain2...aku kelas KE A kejuruteraan elektrik kelas A, hehe hmm aku mnjdi ganaz sdikit la time ni..hihi coz kelas ak pmpn 6 org ja.. laki 20 lbh cm tu la.. dlm ganaz2 ak ada gak nk ngorat aku..huhu muka dia ala2 ciko namanya azwan aku tgok fb dia nama 'ciko azwan' haha parasan...xnak aku...huhu member sekelas aku nama asma yang tukang penyampainyee..nasib dia x face 2 face ckp sndri kalo x memg sah2 aku dpt sorng lagi musuh..huhu yg menariknya kelas aku ni kitaorng blajar sejarah ngn cikgu elektronik..kiki cikgu yusof..masa form 4 n form 5 dia ajar sejarah x pernah dia ajar smpai abis silibus..slamber gler beb cikgu tuh...sekolh ni byk mngajar aku belajar sndri...ok so spm aku bolehla..alhamdulilah semua credit...haish..hmm time ni aku couple ngn AMIRRUL or mamat ank tunggal beb..huhu memng manja la kn ngn mak nya...mak dia pnh anta msg kt aku coz ak ngn amirrul tpksa clash sebbnya nk spm..huhu sedih beb..1st pts cnta frust hbs..mcmla dpt result bgus alik2 result ak lgi bgus pda dia..hihi cewah..kitaorng knal kt chatting xpnh jmpa tpi dia pnh anta kad raya kt ak n msg,call itu jew..hihi so masa aku kt perak, kitaorng jmpa kt lumut coz dia study kt unikl lumut amek merin beb..skng kitaorng just kawan...aku naek fedup kalo couple ngn ank mak..kikiki so skng dh xde apa2 prasaan kt mamat tuh just sbgai kawan...setiap perhubngn kena ada restu tau itu yg pnting so my prinsip sejauh mana aku bercinta aku msti dptkn restu dri makyah ak n psngn aku..very2 IMPORTANT untk kekal bpnjngn....hehe
aku mohon uitm dptla plak kos dip in building kat perak...uitm seri iskandar...kembali ke tempat asal..hahaha aku kat sna selma 3 taun...so dekt ngn tronoh..aku mncri blik mber lmaku...hajidah n intan...hehe intan time tu study kt upm, jiji lak stpm...umah jiji kt ipoh..so aku slalu gak g umah dia...sblm intan ke upm dia blajar kt matrik gopeng..so kami ber3 kmbli bersatu..huhuhu sedih...so cerita punya cerita kami cerita la kisah lampau.hihi intan tanya aku pasal NAZMI.. manala aku nak ingt..haha dhla byk sekolh ak pindh.. dia ckp yg dok kt sblh umh dia bru aku terbyng nazmi yg ank pnsyarh utp...yg rmbut kerinting tuh...haaah ingatan aku kmbli ke zmn silam..haha intan cakap kat aku dulu nazmi tu minat kat aku..hahaha aku keding n rmbut pun pendek ada gak orng mint..haha yg intan tu plak syok kt nazmi..hihi si ehsan yg aku mint tu gangster beb skng..lawan cikgu n bertombok ngn cikgu..huhu skng dia study kt uitm sarawak amek mascom.. dh 3 taun aku kt sana last sem nazmi n ehsan contact aku..mana diaorng dpt no phone ak pon xtau..hehe aku mtk tlng ehsan wat asgmnt aku coz dia terer english..hihi nazmi lak aku mtk tolng beli no pin upu kt bsn..hihi so dptla jmpa nazmi...coz dia dtg umh sewa aku...memg dri dlu smpai skng x ubh muka dia..hahaha not my taste OK..haha yg si ehsan lak memg kitaorng nk jmpa tpi xkesmpaian...huhu msing2 jauh.. aku lupa nak cerita pasal zaidil fitri..hahaha aku kt uitm perak ada mber baik nma ika..aku berdua mnginap kt umah sewa ngn dia..
ZAIDIL FITRI nama di beri pada insan yang aku xminat..huhu zaidil ni satu sekolah aku masa darjah 1 smpai la drjh 5 kt sek tronoh dlu...aku xtau yg msa aku kecik2 dlu rmai org mint kat aku..hahaha so, bila aku dh bsar nk dijadikan cerita zaidil ni tiba2 contact aku...kesian btul aku memang dh x ingt maa..huhu dia punya la cerita itu la ini la last2 aku surh dia mms anta gmbor,almaklumlah aku ni susah nak ingt nama mber tapi rupa memang kekal abadi dlm ingtn..cewah..hihi lepas dia anta gmbr trus aku ingt..hahaha zaidil si pendek..hihi.. so dia decide nk jmpa aku..so dia dtg kt umah sewa aku naik kreta dia la masa tu aku last sem.. aku blik kedh n nak blik u dia la yg sudi amek aku kt medan gopeng tuh..baik btoi..hehe zaidil tu blaja kt ikm beseri...masa kitaorng jmpa dia tgh praktikal kt u aku..huhu seksa gakla...kalo tersrmpak memg kompem2 aku elak..haha masa kitaorng kuar dia ciap tunjuk tnh n umah yg dia ada kt ipoh..huhu mcmla aku bini dia nk crita smua..haih.. masa ni dia x luahkan lagi prasaan dia kt aku..dlm smnggu knl dia gtau aku yg dia suka kt aku..ama apa tolong2..huhu aku ckit pun xdak apa2 prasaan kt dia..hmm time ni aku dh couple ngn apen n ada gak la krisis..huhuhu aku dh bgitau kat zaidil yang aku dh ada apen tpi kami xpnh jmpa la..dia wat do no ja..huhu last skali aku dh hbs modal aku ckp ak xleh accept dia sbb dia pendk..hahaha padahal sama tnggi jew..yela laki slalunya mestila yg tinggi pada kite kan..huhu so dia x puts asa ciap msg kt mber aku yg dia ska sgt2 kt ak..huhu pelik ajaib btul mcm xdak pmpn lain nk syok..aku bknnya lawa beb..huhu crila pmpn yg kurus2 ckit...aku ni lain..hahaha so skang dh 2011 aku still study kt uitm shah alm smbung degree lps hbs dip msa jul 2009..lpas pada tu aku trus snyp..dia msg ak xpnh reply..huhu kesian pun ada tpi better aku wat cmtu dri menipu prasaan aku sndri...sori la ZAIDIL aku xdapat trima kau...aku xpandai menipu diri sendiri...hehe baru2 ni mber aku crita pasal zaidil kat aku... dia cakap zaidil dh tunang..hahaha dngn org kedah..kiki alhamdulillah selesai sudah masalah ini..hihi sekarang kita tgok jejaka2 terlibat dlm cerita ni..hahaha


JEJAKA-JEJAKA MALAYA....hihi
maskulin 1.nazmi (utp student)
amirrul sgt comited dgn rugby nya..masa aku jmpa dia, perghh tinggi n taff beb..tinggi 180 kot...huhu skng kt unikl..semga cerh msa dpnnya..amin...:)
zaidil fitri...hihi semoga berbahagia beb!!

ni plak ehsan...hmm gmbr masa dia kecik jela ada..yg dh besar xde...coz dia xda fb..dia ckp mls nk buat..leh caya kew..hihi dia ada mms gmbr yg trbru tpi aku dh delete maa...hehe dia mms sebb aku lupa maa..so dia pun antala gmbr nk bgi aku ingt blik siapa ehsan..hahaha

 kenangan-kenangan ini akan aku simpan n kenang selama-lamanya...hehe simpan buat pekasom pon sodap..:)

Thursday, March 10, 2011

apela nasibku arini siang tadi kena kejar ngn kera, ptg lak ular terjah rumah..haih..wahai binatang2 berdampinglah dengan makhluk sesama spesismu..huhu

kera oh kera.....kena ligan ngn kera memang menakutkan..haish... boleh plak main kt motor aku...nk kata shah alam ni kat utan...slalu ja jem..haish...dugaan2.. kul 5 ptg smpai umah...n then nk bukak pintu kutip kain dengar kak ton jiran sebelah jerit ''jangan bukak pintu tutup pintu!!!!!!!ada ularrrrrrrrrrrr!!!!'' huhu aku trus gedebum! tutp pntu n panik...nasibla ada jiran2 yang begitu prihatin...hihi sejm gak tnggu JPA akhirnya smpai tgkp itu ular...ular kapak kot nanti aku upload gmbr ular tu yea... abg JPA tu ckp ''amek gmbor ular msuk fb" hahahaha

Sunday, March 6, 2011

adventure...yeahhh...hihi

cross 5 sungai

nak jugak posing...hehe

yeahhh...

45 minit meredah hutan

masih tersenyum..hihi

yahoo sejam perjlnn akhirnya smpai ke chiling

excited nampak waterfall..hihihi

warming up

hadeh.... letih

hutan rimba

wow ingt nak mndi kt sni je tpi dh kempunan nk ketemu air terjun redah jela..hihi

hmm...jauh pjlnn
penatnya....huhu tpi teramat best bila redah utan 45 mint cross sungai 5 kali...hehehe lenguh jugakla... time to zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzZZZZZZZZZZZZzzzzzz

chiling waterfall

huhu...sgt memntkn...

Friday, March 4, 2011

sketchup 8...

lalalalala....dh sejm design...benti kejap tulis blog...hihi nak upload apa yang aku sketchup xleh lak...coz dlm software sketchup...design sambil dengar lagu g6,britney n lain2 memg bestttttttt..:)

Nashrin - Fobia Cinta (Official Video HD) by CST PRODUCTION

Thursday, March 3, 2011

focus 100% to my design...love it....ahakz :)

planning my river rehabilitation.....
design,design n design......i like design...so kali ni kena design n propose pembangunan area sungai... bru ciap ckit jew..huhu dlm sketchup xciap lgi..ini dalam photoshop... sungai klang....bila dh start buat design memang xboleh bhnti..tpi nk start tu makn masa gak la..hihi sebab kemalasan yang memuncak.,tpi bila dh dtg mood rajin smpai kul 4 pgi pon leh berjga wat design ni....so sekarang ni kena la selalu mem 'busy' kan diri untuk mengubat hati yg terluka..cewah..hihi
before
after...bru ciap ckit..

Wednesday, March 2, 2011

kedah vs selangor

semangat...
8.00 p.m 2/3/2011~ tibe2 mkcik aku ajak gi stadium shah alam..tgok bola..hihi hmmm mula2 malas nak pergi tpi pikir pegi jela isi masa lapng..hihi aku pun pegi la stadium..mber mkcik aku dtg jemput kul 8.30...
hmmm...kedah vs selangor mengingatkan aku kembali pada si budak itam...apen la sape lgi..huhu so cmne aku nk lupa ni..huhu al~kisahnya~~masa kitaorng couple dulu selalu ar gadoh2 manje la org kte perthnkan team masing2..hihi saat itu tersangatlah indah bgi aku..huhu arap2 dia pun sama..huhu sampai pertaruhkan topup..hihi team mana kalah kena topup..hik3.. nasib kedah menang...hik3 aku ingtkn main2 jew...tgok2 memg btol dia topupkan kt aku...hihi aku sebenarnya saje je pertaruhkan topup tu xtaula dia btul2..hihi pastu team kalah kena call team meng...mean kt sni dia kena call aku la borak2 sebab slngor kn klh time tu..hihihi
itu kisah masa 2009 or 2008 xclap aku..dh lma kan berlalu...kenangan semua tu...arap aku dpt abadikan kt sni..huhu
so, cmne aku nk lupa budak itam tu sedngkn bnda harian yg aku tgok,buat byk yg aku kongsi ngn dia dlu..huhu pelik kan...dua orng manusia yang x pernah bertentang mata tpi boleh mewujudkan beribu2 kenangan dngan dia..huhu ini semua bermula dari HATI.....huhu HATI ke MATA..mcm program dr muhaya dari mata ke hati... hmm byk leh blaja antara dari MATA KE HATI or HATI KE MATA....hihihi bolehla di conclude kt cni better dri MATA KE HATI bagi aku la kn...sebab pnglmn aku dri HATI KE MATA memang memeritkan..huhu k la kite ke topik asal kedah vs selangor...haiyaaa...dh manyak lari ini topik..hihihi
JOM TENGOK PICTURE KAT STADIUM...hehehe


yeahh...pkai bju itam sebab confius la konon..hihi

posing la konon..kedah f.a..yeahhh

auntie n the geng!!hihi

akhirnya...kalah...semangat hijau kuning tetap di hati..hihi
agak ramai jugak la penyokong kedah yang datang...

sedar2 dah kul 2.20 a.m...hehehe sibok meluahkan perasaan tetiba bantal memangil2....xpyhla nk berembun yaya oik...hehe wan shang hao!!!:)